Sunday, December 27, 2009

sarung kusyen sulaman reben

harga sarung kusyen seperti di atas ialah rm70 sepasang. Tempahan dibuka... Tel: 0172320334 (marina).

Friday, September 11, 2009

ADUHAI ISTERIKU

SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.

Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?” Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati“. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini ;

ISTERI KEEMPAT - adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA - adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA - adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA - adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari

Tuesday, September 1, 2009

balang kuih Sulaman reben




Ini ada lagi beberapa contoh balang kuih untuk raya ini... Meh la cuci mata dan kalau ada yang berminat bolehlah tempah dengan saya ... satu set berharga dari rm35.00... murah je kan....

Friday, August 21, 2009

Tawaran sempena Hari raya....


Sekarang ini aku sibuk membuat hiasan balang kuih.... Ku hias menggunakan teknik sulaman reben... Harap-harap dapatlah secantik macam produk sifuku Puan Ann... Jika ada yang berminat untuk menempah hubungilah daku.... 0172320334- marina...

kat sebelah ni, satu contoh balang yang telah siap. Gambar agak blurr... guna handphone murah, he,he,he... macam ni harga satu balang ialah RM10.00....

Ramadhan kini hadir kembali....

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAKH..

Tuesday, July 14, 2009

bAJU CUTE- MUSLIMAH

kalau anda tercari-cari baju untuk raya ini... ape kate singgah kat blog ni... Kita tengok baju-baju kat sini, nampak menarik gak... Bolehlah tempah untuk raya nanti... pasti vogue... http://www.cute-muslimah.com/index.php?ref=chiksyg

BAKUL KUIH RAYA

Monday, July 6, 2009

Beg RE pertamaku...


Inilah beg sulaman reben pertamaku... Khas ku buat tuk kawan tersayang... yang selama ini banyak memberi dorongan di kala susah dan senang ku... Hari jadinya pada 30hb Jun 2009. Aku mengambil masa 2 hari utk menyiapkannya.... Tetapi jika ada yang berminat untuk menempah beg begini, bolehlah hubungi saya... 0172320334 (marina).

Sunday, May 10, 2009

Karnival usahawanan





Baru-baru ni, saya join karnival usahawanan di kampung... saje2 bukak booth... Jual lah beberapa produk dari Perkasa World. Produk dari cekur dan roselle... Paling laris Slim Teanya... pada masa yang sama saya buat kelas ringkas sulaman reben.. Dapat sambutan gak... tak sangka... Ni saya uploadkan gambar-gambar semasa karnival tu ye.

Tuesday, April 14, 2009

Sekadar catatan

Ada juga yang minta saya uploadkan hasil keje sulaman reben ni... Nantilah... asyik lupa nak ambil gambarnye... he,he,he... Ni pun dah sebulan berhenti menyulam... Kerja kat sekolah tengah byk... Maklumlah guru penyayang gitu... Bila cuti panjang barulah ada masa nak berblog dan menyulam. Ni pun curi-curi masa nak tgk blog sendiri... Bila time tak ada kelas, tgk lah jap...

Saturday, April 11, 2009

Gubahan lagi...


Sekarang ni tengah sibuk siapkan gubahan kawan sekerja yang bakal berkahwin pada 1 mei ini.... Dah lama dah.. beliau menempah... Tapi idea ni kekedang kering... He,he,he... maklumlah usia dan tue....(tp masih maintain cun....). setelah lama berfikir, akhirnya dapatlah kombinasi hijau lumut dan pink terang... baru terasa puas... nanti bila dah siap sepenuhnye, saya akan uploadkan gambar buat tatapan semua. manalah tau boleh bantu bagi idea kat sape-sape yang memerlukan....he,he,he

Di atas adalah gambar bunga dulang yang telah saya siapkan... kira oklah...

Friday, February 13, 2009

kits sulaman reben

Ada juga yang berminat dengan kits sulaman reben ... saya boleh dapatkan...

Harga RM120.00 dan wang pos rm10.00... Ok kan...maklumat lanjut call lah saya... marina (0172320334 & 0133429118)

Monday, February 9, 2009

Sulaman reben

dah lama rasanye tak menyulam , jadi pagi ni bercadang untuk menyulam sambil membuat kek. he,he,he... Minat punya pasal.. tak kisahlah

resepi kek durian


Bahan-bahan

200 gm mentega
5 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan isi durian
2 cawan tepung naik sendiri

Cara membuatnye.

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
2. Masukkan telur satu demi satu
3. Masukkan isi durian
4. Masukkan tepung sikit demi sikit
5. masukkan dalam acuan dan bakar selama 20 minit.

selamat mencuba ye... mesti jadi punya...

Tuesday, February 3, 2009

cup cakes lagi...

Hari ni aku bawa cup cakes durian ke tpt keje... Ramai teman mencuba... dan ramai juga yang mengordernye... Malam ni aku akan busy buat kek comel aku lagilah tapi semuanya perisa durian... uniknya aku menggunakan buah durian betul bukannya perisa tiruan... Manis dan sedap gitu.... Seronok gak buat kek ni rupanya.... Aku jual rm2.00-rm 3.00 satu, bergantung pada siaz cup nye... Chayyoklah.. Lain kali aku akan uploadkan resepinya ye...

Sunday, February 1, 2009

cup cakes...

Sedapnye.. cup cakes...
Hari ini buat pertama kali aku membuat kek cawan ni... Agak kurang berpengalaman dalam masak memask ni.. tapi bila dah ada keazaman, semuanya leh menjadi... Sekarang sudah jam 12.40 pagi, aku masih membakar kek-kek comel aku... Lepas ni aku nak hias lak.. nanti kalau dah menjadi akan ku uploadkan gambar buat tatapan semua..

Wednesday, January 28, 2009

Sulaman Reben

Anda berminat dengan sulaman reben? Saya akan mengadakan bengkel sulaman reben ini pada bulan februari nanti... Kelas ini akan diajar oleh sifu saya iaitu Puan Ann atau Puan Suzana Mustafa. Bengkel akan diadakan selama sehari je iaitu pada hari sabtu... Bayaran ialah RM200.00. Datang bawa diri saja. Segala kelengkapan akan disediakan. Jika berminat bolehlah sms ke nombor ni... chik (0172320334)..

Jomlah... Anda pasti akan seronok dengan bengkel ini..

Sekadar catatan...


Lama sudah tak tulis dalam blog ini... Mendiam diri bukannya tak beraktiviti.. Sebenarnya tgh mengupdate ilmu berblog ni.. Maklumlah orang baru belajar... byk bende nak kene explore lagi... Insyaallah saya akan hadir dengan bahan-bahan gubahan yang lebih menarik...

Monday, January 5, 2009

modul soalan

Saya ada menyediakn modul latihan topikal bagi biologi ni... Bukannya ape... sering risau dengan pencapaian pelajar yang agak rendah dalam subjek ni... Buat masa ni saya baru siap modul latihan bagi tingkatan empat... Saya ada perancangan untuk membuat lebih banyak modul seperti nota ringkas, nota kendiri .... Jika anda berminat boleh hubungi saya...

CIKGU MARINA...

catatanku..

Hi... walaupun blog saya banyak berkisarkan tentang dunia kraf, tapi sy juga seorang pendidik... Sy mengajar biologi... bagi sya membuat gubahan adalah suatu hobi yang ingin saya komersialkan... saya mendapat ketenangan dengan membuat gubahan... Inilah butang hijau saya untuk meneruskan aktiviti harian yang semakin mencabar.